turtle

Jumat, 13 September 2013

Mengapa Tiada Orang Baca Blog Aku?

Ramai blogger akan hadapi fasa ini.

Alamak, pageview blog tak naik-naik, entri tak ada orang komen, tak ada blog yang berikan backlinks. Dengan kata lain, blog tak ada orang baca. Tak siapa baca blog. Mengapa? "Mengapa tiada orang baca blog aku?" ... beginilah rintihan ramai blogger, baik blogger baru mahupun yang dah lama ada blog.

Mengapa tiada orang baca blog aku?

Jika anda ada masalah seperti yang saya katakan, mari kaji bersama-sama.

Ketepikan blogger yang mungkin baru dua minggu buat blog. Tengok pada apa yang sudah anda kongsi, tulis dan cerita dalam entri-entri lepas. Mengapa tiada pembaca? Jangan fikir lagi mengenai entri yang bagaimana nak anda kongsikan dalam blog. Ini bukan berkenaan entri apa yang akan memancing pengunjung serta pembaca, ini adalah untuk melihat kesilapan lalu yang tidak mahu anda ulang lagi.

Cari Sebab Mengapa Tiada Pembaca

Anda perlu cari sebab mengapa blog anda tiada pembaca.

Cuba tanya pada diri sendiri, dan lihat kembali entri-entri lama anda dalam blog yang sudah berbulan dan bertahun anda buat ini.
  • Adakah anda hanya terbitkan entri ulangan yang telah diterbitkan oleh blogger lain?
  • Rekabentuk blog anda bagaimana? Cukup buat orang terpesona dan rasa suka?
  • Adakah blog ada telah dioptimasi dengan keperluan enjin carian - SEO?
  • Dan paling penting, adakah anda pakar atau setidak-tidaknya tahu apa yang anda ceritakan dalam blog anda?
Mesti akan ada sebab, paling tidaklah, mesti ada sekurang-kurangnya satu sebab mengapa orang tidak membaca blog anda. Dan anda perlu tahu sebab itu. Penting untuk anda tahu dengan melihat kembali pada entri-entri secara keseluruhan dalam blog, dan tenung kembali blog anda berdasarkan soalan-soalan yang telah saya usulkan tadi.
Mengapa Tiada Orang Baca Blog Aku?

Anda Perlu Tahu Apa Yang Diceritakan Dalam Blog

Pernah saya tampilkan dulu, untuk membolehkan orang baca berulang kali blog anda (datang singgah selalu), anda perlu cerita dan kongsi benda yang anda tahu - seperti pengalaman, ilmu dan pengetahuan yang anda miliki. Kongsi perkara yang hanya unik kepada anda - seperti gambar anda bercuti di Cameron Highlands, gambar anda ke Amsterdam. Ini bagai meyakinkan pengunjung yang bakal menjadi pembaca blog anda, bahawa anda arif dengan apa yang anda ceritakan.

Lihat blog-blog yang sememangnya hebat dan dapat trafik serta komen yang tinggi. Apa keistimewaan isi kandungan blog tersebut?

Inilah perkara yang anda perlu lihat dalam blog anda apabila memikirkan kenapa dan mengapa tiada orang baca blog anda.

Moga bermanfaat, in Sha Allah.

0 komentar:

Posting Komentar

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More